facebook twitter

Anugerah Penulis S.E.A. (S.E.A. Write Award), atau Anugerah Penulis Asia Tenggara – Southeast Asian Writers Award, merupakan anugerah yang diberikan setiap tahun semenjak 1979 kepada penyair dan penulis di Asia Tenggara.

 

Anugerah ini diberikan kepada penulis dari setiap negara yang terdiri daripada ASEAN, sungguhpun bukan semua negara dalam ASEAN telah diwakili setiap tahun.

 

Anugerah ini kadang kala diberikan bagi hasil tulisan khas penulis, atau ia boleh diberikan bagi pencapaian sepanjang hayat.

 

 Menerima watikah S.E.A Write Award daripada Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Puteri Srirasm – Bangkok, 5 November 2010

SEA 1 (2)

 

Jenis kerja yang dihargai sebegini pelbagai, dan merangkumi hasil kerja puisi, cerpen, novel, drama, cerita rakyat dan pengajian dan keagamaan.Upacara ini diadakan di Bangkok, dangan dipengerusi oleh kerabat Diraja Thai.
 
Anugerah ini dicetuskan oleh pengurusan hotel Oriental Bangkok, yang kemudiannya mendapat sokongan lanjut dari Syarikat Penerbangan Antarabangsa Thai dan syarikat lain..

Berucap selepas menerima watikah anugerah

SEA 2