bUKU

facebooktwitter

Untitled-1

 KUMPULAN PUISI 77 TUJU (SIRI INGATAN KEPADA KAWAN)

 kumpulan puisi 77 tuju zaen kasturi siri ingatan kepada kawan

Petikan daripada Kumpulan Puisi 77 TUJU (“SIRI INGATAN KEPADA KAWAN”

Kali terakhir kumpulan puisi saya diterbitkan adalah pada tahun 2005. Iga,kumpulan puisi tersebut – adalah mekar, adakah layu, adakah luruh, atau adakah kering begitu saja di tengah-tengah hamparan laman kusasteraan tanah air – tidak terlalu saya ambil peduli. Yang saya tahu, saya ingin terus menulis puisi, walau hanya beberapa baris dalam sebulan atau setahun, dan berharap pula agar puisi-puisi tersebut berupaya diterbitkan dalam sebuah kumpulan puisi terbaharu jika diizinkan-Nya. Maka dengan rasa rendah diri, dari semasa ke semasa saya nukilkan, kemudian saya himpunkan puisi tersebut, dan kemudiannya lahirlah Kumpulan Puisi : 77 Tuju(“siri ingatan kepada kawan”) ini sesudah Iga yang terbit hampir sedekad lalu.

Down_Arrow_Icon

  (untuk bacaan penuh , sila klik link di sini)

Untitled-1

 KATARSIS

 KATARSIS

Petikan daripada Kumpulan Puisi KATARSIS

Kata “ii”
aku melihat langit dan bumi dengan mata yang
sarat berkata. langit menatangku dengan dada
yang sendat dengan kata. bumi mencampungku dengan
tangan yang mampat dengan kata. tubuh waktu
menikam rusukku, juga dengan tusukan yang bulat
dengan kata. langit dan bumi mengotakan kata

siapa tahu, kataku diam tapi hurufku lengking-berlengking?

 (untuk bacaan penuh , sila klik pada gambar di bawah)

Down_Arrow_Icon

KATARSIS

 

 

 

 

Untitled-1

TAMAN UZLAH

taman uzlah

 

 Petikan daripada Kumpulan Cerpen TAMAN UZLAH

…“Malam ini akan kumandikan tubuhmu dengan darah.
Darahmu sendiri. Akan kujadikan kau wayang bonekaku – boneka Bunraku. Kau tentu tahu, akulah Bungoro – dalang seni wayang boneka. Dan … dan kamar kecilmu ini akan kujadikan Panggung Gennojo Awaji. Aku berasa zaman gemilangku akan kembali malam ini. Kaudengar itu … tapakan kuda sayup-sayup menghantar suara gagak dari Amijima. Ah! Bersiap-sedialah kau!”…

(untuk bacaan penuh , sila klik pada gambar di bawah)

Down_Arrow_Icon

taman uzlah

 

 Untitled-1

 YUDA

 

 YUDA

Petikan daripada Kumpulan Cerpen YUDA

…“Kalian lihatlah purnama itu, sedemikian setia
tersenyum untuk kita. Ah! Siapakah yang lebih setia
daripada ia? Tatkala daerah terasing ini dibekam
kesepian dan kesunyian yang tiada tara, ia bangkit
sempurna amat, menanggalkan pakaian siang lalu
menghadiahkan selimut malamnya kepada kita.
Ah! Sesungguhnya kita adalah oknum yang
tidak pernah dipersia-siakan. Ia tetap saja sarat
dengan cinta. Mulus amat. Ah! Siapakah
yang ingin melangsungkan cinta dengan kita
selain purnama?” …

(untuk bacaan penuh , sila klik pada gambar di bawah)

Down_Arrow_Icon

 

YUDA

 

 

Untitled-1

IGA

IGA

Petikan daripada Kumpulan Puisi IGA

“ke mari,” katamu sedang kakiku terikat oleh katamu
yang dulu — tak terjumpa lagi kuncinya meski berkali-
kali
kuselerakkan seluruh ruang kepalaku yang telah lama
bengkak oleh kenangan

kau pun tahu, kenangan adalah tali belenggu yang
tiap detik
mencengkam kakiku hingga terasa urat dan darahku
tak lagi satu

“ke mari,” katamu lagi sedang kunci di tanganmu
tak ingin
kaulepaskan

“ke mari,” kataku pula. “mari kukunci kamu. sama-
sama kita terbelenggu.”

(untuk bacaan penuh , sila klik pada gambar di bawah)

Down_Arrow_Icon

IGA

 

 

 

 

Untitled-1

MINDA PATANJALA

MINDA PATANJALA

Petikan Siri Cerita Klasik MINDA PATANJALA

… “Apa yang terjadi di dalam hidup ini memang
tidak pernah terduga, “ desis hati kecilnya. “Siapa yang
menyangka bahawa aku bersuamikan seorang lelaki
yang gagah dan segak, yang dahulunya adalah seekor
lotong yang hodoh? Ah! Alangkah anehnya kehidupan
ini, segala-galanya tidak pernah terfikirkan oleh akalku
yang amat cetek ini. Yang Kuasa, sesungguhnya Engkau
teramat bijaksana, mencipta sesuatu yang tidak
tercipta oleh insan. Terima kasih, Yang Kuasa.”

Purba Sari termenung sejenak, mengerut-ngerutkan
dahi. “Yang Kuasa, tapi… tapi mengapa hasratku
menemui ayahandaku tidak tercapai? Apakah aku
hanya berhak menyentuhi bayang-bayangnya yang
muncul di dalam mimpiku semata?” …

(untuk bacaan penuh , sila klik pada gambar di bawah)

Down_Arrow_Icon

MINDA PATANJALA

 

 

 

 

Untitled-1

FUJIYAMA

FUJIYAMA

Petikan Novel FUJIYAMA

… “Biarlah malam ini kupandang kau sepuasnya,
wahai Fujiyama meskipun dalam kekelaman sebegini.
Sememangnya aku tidak dapat membohongi mataku
bahawa di dalam suasana sebegini ternyata aku tidak
dapat melihat tubuhmu yang gagah itu sepenuhnya.
Tetapi hatiku beria-ia mengatakan bahawa kau benar-
benar dapat kupandang seperti pagi-pagi yang lalu.
Sudah demikian lama aku menghafal warna puncakmu
yang putih bersih itu. Juga telah lama kukenal matahari
yang saban hari muncul di sisimu. Aku kenal
matahari itu, dan aku juga benar-benar telah kenal
kehadiranmu. Tetapi kenapa pada saat-saat aku harus
meninggalkan kau, terbit rasa sayu yang aneh?
Kenapa?” …

(untuk bacaan penuh , sila klik pada gambar di bawah)

Down_Arrow_Icon

FUJIYAMA

 

 

 

 

Untitled-1

RAPSODI

rapsodi

Petikan daripada Kumpulan Cerpen RAPSODI

… “ Alangkah merdunya suaramu,” pujinya separuh
hati. “Meski sepatah kata terpancut daripada mulut-
mu, namun itulah permata, itulah manikam. Itulah
irama, itulah gurindam. Itulah cinta, itulah rindu
dendam.” …

(untuk bacaan penuh , sila klik pada gambar di bawah)

Down_Arrow_Icon

rapsodi cover

 

laman web ini dihasilkan oleh QMINTEGRATED.COM

WWW.QMINTEGRATED.COM +6017-245 0285