BIODATA

facebooktwitter

(Petikan daripada Utusan On-Line 07/11/2010)

Zaen Kasturi, nama pena kepada Zainal Bin Palit, seorang pengarang generasi baharu Malaysia yang cemerlang pada masa kini pernah mendapat pendidikan hingga di Universiti Malaya, sebelum melanjutkannya di University of London dalam bidang kajian kesusasteraan.

 

kompilasi wajah zaen kasturi dari dulu hingga kini

 

HSKU 2014

gambar zaen kasturi terkini… 

 

Penglibatan awal Zaen Kasturi dalam bidang penulisan kreatif bermula sekitar pertengahan tahun 1980-an lagi. Semasa menuntut di Universiti Malaya, Zaen Kasturi mengasaskan penubuhan Grup Setanggi. Dari situ, beliau mula mengorak langkahnya dalam bidang penulisan sastera kreatif.

 

Zaen Kasturi sangat konsisten dan seringkali disifatkan seorang pengarang yang konsisten dalam berkarya. Bakat besar Zaen mula dicungkil melalui pemilihannya sebagai peserta Minggu Penulis Remaja, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

 

Zaen Kasturi merupakan hasil atau nukleus Minggu Penulis Remaja 1 1985 yang berbakat besar dalam penulisan cerpen dewasa yang kemunculan dan kehadiran cerpen-cerpen tersendirinya di Dewan Sastera, Berita Minggu, Watan dan Mingguan Malaysia. Sebuah cerpennya, Sat Malangkaii memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1989/1990.

 

Sesungguhnya Zaen Kasturi bermula dengan kekaguman terhadap khazanah puisi tradisional Melayu seperti syair, gurindam, pantun, seloka dan mantera. Beliau juga kagum dengan mantera yang diamalkan tukang-tukang Melayu. Daripada bapanya, dia banyak belajar tentang ilmu firasat Melayu. Segala yang menjadi khazanah pustaka ilmu Melayu melebur di tangannya menjadi kristal-kristal pada patah-patah kata yang dileraikan dalam bentuk bait-bait puisi.

 

Katarsis (1993) merupakan kumpulan puisi awal Zaen Kasturi yang terpenting. Selain itu, beliau cuba menjadikan cerpen sebagai satu bentuk pengucapan untuk meramal, menanggap, menyaran dan jika boleh mencipta sesuatu yang bukan semata-mata bersifat hipotesis untuk masa hadapan mengenai apa yang terkandung di dalam teks-teks klasik.

 

Misalnya, cerpen Sat Malangkaii yang hanya seimbas lalu disebut di dalam Tuhfat al-Nafis sebagai ‘induk’ orang Bugis, tetapi bagi Zaen Kasturi terdapat kehidupan di dalamnya sebagai satu watak.

 

Zaen Kasturi menghidupkan watak tersebut untuk menyaksikan kecerdikan dan kebodohan, kegagahan dan kedayusan, serta keagungan dan keruntuhan bangsanya Zaen Kasturi menulis dalam hampir semua genre kesusasteraan. Sejak muncul dengan kumpulan puisi pertamanya Katarsis (1993), Zaen Kasturi telah memperlihatkan kehadiran yang beridentiti.

 

Kumpulan puisi ini membicarakan manusia, peristiwa dan idea dalam jalinan puisi yang kompleks tetapi indah, dengan metafora segar serta sindiran tajam. Selanjutnya, kumpulan puisi Iga (2005), semakin mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang penyair angkatan baru yang tidak wajar diketepikan.

 

Pada tahun 2010, panel penilai SEA Write Award anjuran kerajaan Thailand memilih Zaen Kasturi sebagai penerima dari Malaysia. Beliau menerima hadiah wang tunai RM6,796.77 (Bath 70,000) dan telah disampaikan oleh Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Puteri Srirasm pada Malam Gala di Hotel Mandarin Oriental, Bangkok.

 

sea write awards English

 

PENAFSIR

Puisi-puisinya sebagai hiperteks amat menuntut khalayaknya untuk berfikir dan menjadi perenung serta pentafsir kehidupan. Kekuatan Zaen Kasturi bagaimanapun amat terserlah dalam bidang penciptaan sajak dan cerpen. Ini terbukti melalui pencapaian yang cemerlang dengan menerima pelbagai hadiah kesusasteraan di Malaysia.

 

Selain itu, Zaen juga memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank (kini Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil), dan lain-lain. Zaen Kasturi antara pengarang yang paling kerap memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.

 

Zaen Kasturi juga aktif berpersatuan. Antaranya, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), dan merupakan anggota jawatankuasa Persatuan Penulis Kuala Lumpur singkatnya Kalam.

 

Zaen Kasturi turut aktif dalam kegiatan-kegiatan deklamasi, memberi bimbingan penulisan kreatif, membentangkan kertas-kertas kerja di seminar, dan menganggotai panel penghakiman hadiah-hadiah kesusasteraan. Mempunyai pengalaman yang luas sebagai Editor Dewan Sastera.

 

Antara karya terpenting Zaen Kasturi ialah Ke Ruang Katarsis, menenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-Gapena, 1989, Kacipan Nafas Pertama, memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-Gapena, 1989, 100 Matahari memenangi Hadiah Puisi Dewan Bahasa dan Pustaka-Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBP-DBKL).

 

(Puisi :”Ke Ruang Katarsis”,  1989)

 

Untuk mendapatkan bacaan penuh tentang biodata Zaen Kasturi (Bahasa Melayu) , Sila muat turun PDF di bawah.

LINK MUAT TURUN

( Right click + Save link as…

sea write awards Bahasa melayuicon_pdf

 

Untuk mendapatkan bacaan penuh tentang biodata Zaen Kasturi (Bahasa Inggeris) , Sila muat turun PDF di bawah.

LINK MUAT TURUN

 ( Right click + Save link as…

sea write awards Englishicon_pdf

 

 

laman web ini dihasilkan oleh QMINTEGRATED.COM

WWW.QMINTEGRATED.COM +6017-245 0285